Sunday, November 21, 2010

Monday, November 15, 2010

Kreativiti

Telah tersurat bahawa oxygen can be removed by vibration. Susah untuk memahami kaedah ini. Mungkin kalau dibandingkan dengan menggoncang air 100plus boleh faham sikit agaknya. Kreativiti dalam menjawab soalan memang terserlah. Itulah yang kita inginkan, yakni, keupayaan untuk berfikir. Walaupun tidak sempat mentelaah, tetapi nyata sama sekali bahawa keyakinan diri sangat tinggi. Tidak patah semangat untuk mentafsir soalan secara saintifik. Saya kira, kita memang banyak original thinkers. Kalau saya ajar art stream, no problemo. Ini sains. Perlu usaha lebih sikit supaya reasonings provided not contradicting with accepted principles.

Pening.

Tuesday, August 24, 2010

MABIQ

MABIQ is a private institution providing shelter and education for orphans. It is located in Kuantan.

To those who wish to contribute, you can do so via Maybank Islamic 556 011 011 889.

For more info, go to http://mabiq.blogspot.com.my

Selamat beramal!

Tuesday, May 11, 2010

Renungan

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya. Kedua-duanya memimpin seorang lelaki yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh. Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, beliau berkata:

-          Apa maksud semua ini?

Kedua-dua pemuda itu menjawab:

-          Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!

Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu:

-          Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?

Dengan tegas lelaki itu menjawab:

-          Ya! Saya telah membunuhnya!

Umar bertanya lagi:

-          Bagaimana kamu membunuhnya?

-          Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya. Saya menegahnya tetapi dia tidak menghiraukan tegahan saya. Lalu saya baling seketul batu ke arahnya. Batu itu terkena kepalanya, diapun mati.

Lantas Umar menjatuhkan hukuman :

-          Qisas!

Hukuman bunuh balas! Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan. Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini, adakah dia daripada qabilah yang mulia, atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa? Umar juga tidak bertanya tentang status atau kedudukannya di dalam masyarakat. Semua itu tidak penting bagi Umar r.a. Dia tidak memihak kepada sesiapapun dalam melaksanakan agama Allah dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh, tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan, lelaki itu bersuara:

-          Wahai Amirul Mukminin! Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan, yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi, agar membenarkan saya pulang satu malam untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh. Saya akan memberitahu mereka bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya. Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan. Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah, kemudian saya.

Umar bertanya lelaki itu:

-          Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?

Semua yang ada diam membisu. Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak tahu siapa namanya, di mana khemahnya, di mana rumah kediamannya, apa qabilahnya dan di mana kampungnya? Bagaimana mereka akan menjaminnya? Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar,  atau sekeping tanah, atau seekor unta! Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah? Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi. Umar kebingungan, tersepit antara dua kemungkinan. Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki yang mengaku membunuh ini, anak-anak  yang tinggal mungkin akan mati kelaparan. Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin, kemungkinan dia lari, maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu. Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu:

-          Sudikakah kamu memaafkan dia?

-          Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami, mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!

Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir:

-          Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?

Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari  dengan ubannya, zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata:

-          Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!

Umar mencari kepastian:

-          Dia telah membunuh!

Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya:

-          Walaupun dia telah membunuh!

Umar bertanya lagi:

-          Adakah kamu mengenalinya?

-          Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya.

-          Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?

-          Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman. Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta. Dan dia akan datang kembali insyaAllah.

Umar mengingatkan:

-          Wahai Abu Dzar, adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari aku akan melapaskan kamu begitu saja?

Abu Dzar menjawab dengan tenang:

-          Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…

Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya, mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya. Selepas tiga hari, dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari, ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar, dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang, ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama. Selesai solat, Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya:

-          Mana lelaki itu?

Abu Dzar menjawab:

-          Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin.

Dia mendongak ke arah matahari. Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa. Semua sahabat diam membatu, resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh, terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan. Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul  mengadap khalifah yang adil. Melihat lelaki itu, Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama. Umar berkata:

-          Wahai lelaki, jika kamu mendiamkan diri di kampungmu, kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!

Lelaki itu menjawab:

-          Wahai Amirul Mukminin, demi Allah! Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan. Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Inilah saya wahai Amirul Mukminin. Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung, tiada air, tiada pokok di desaku. Namun saya datang untuk dibunuh. Saya  takut jika saya tidak datang nanti akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia.

Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.:

-          Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?

-          Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia.

Umar r.a.  bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda:

-          Apa yang kamu lihat wahai orang muda?

Kedua-duanya menjawab serentak sambil menangis:

-          Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya. Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!

Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.

جزاكما الله خيراً  wahai pemuda di atas kemaafanmu

وجزاك الله خيراً   wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya

وجزاك الله خيراً  wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji

وجزاك الله خيراً  wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.

Seorang ahli Hadis mengulas: Sesungguhnya kebahagiaan iman dan Islam telah terkubur bersama kain kafan Umar!

Akhawat fillah yang dikasihi,

Demikian indahnya Islam dan luhurnya peribadi muslim. Sesungguhnya kita memilikinya dengan rahmat Allah.

Maka marilah sama-sama kita berusaha dengan sungguh-sungguh menyampaikan Islam yang indah ini kepada umat manusia agar mereka juga faham, beriman dan beramal dengannya.

p/s forwarded by ana wahid

Tuesday, May 4, 2010

Persatuan Dyslexia Malaysia in Kuantan

No. 58, Lorong IM15/29, Taman Mutiara,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan.

Contact: En. Mohd Salim 017-7932158

Monday, April 26, 2010

The Death of Xamia

This is not the first time that my zeal to upgrade my little garden turned the other way around. I very very seldom put fertilizer to the plants in pots or on the ground. After seeing that the organic greyish beads of about 3 mm in diameter had been in the clay container stashed under the garden bench for like more than six months, i decided to use it. My Xamia certainly hated the stuff. The leaves turned yellow and fell apart within four days. I have had the Xamia since baby at ca. 3 inches tall. That was at least four years ago. Like all living things, it's her time. So, I outlived her. I replaced her with one of the cacti with long, limp stems. Let's see how long this cactus survive in a bigger pot. No fertilizer anymore!

Thursday, April 22, 2010

Stars of a New Curfew

I could not resist reading and finishing Ben Okri's short stories. It was gripping. Tragic. Violent. There was a time when I thought it would be nice to go to Nigeria and see the country for myself. I have never been to Africa. But the way Okri described Lagos - it is terrifying. It was so vivid, i am not sure if it was just creative writing or half-truths.I do know some nice people who, i must say, way different from any of the characters in any of the stories. Sure enough, the people I know have different vocation than any of those described. That is why the characters make into stories. None of the stories in the collection make you feel good. Everything is doomed. Exactly what is happening now. That makes it awfully sad. The effect on me is similar to the end of reading Porterhouse Blue by Tom Sharpe. I actually bought Porterhouse from Amazon because Riotous Assembly was so hilarious. How wrong I was. Definitely stories for people without enough problems. Whatever the case, it gives me a glimpse of the culture. I don't think he made up everything. Everything you can imagine is real - Pablo Picasso (1881 - 1973).

Tuesday, March 30, 2010

Post-graduate research in Pharmaceutical Technology

If you are interested in pursuing a higher degree in Pharmaceutical Technology in particular, development of microspheres, please contact me or Farah. The grant received is sufficient to cover the work for at least a master degree. Please contact me. Thank you very much.

Tuesday, March 23, 2010

Kek Coklat Azrina

1 cawan gula
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam
2 biji telur
1/2 cawan susu
3/4 minyak masak
1/2 cawan air panas

I tried this two weeks ago. Very easy and it turned out well both in taste and appearance. I suppose I tend to enjoy baking and cooking more than ever before. One of the signs of ageing I guess. Forgot to take a picture but will try to remember next time. I normally do take pictures of food.

Oven: My mother's 1976 Zanussi. The Zanussi was left idle in the store room until we transferred it to our house in 1999. Only the rotisserie missing. I set it at 180 degree Celsius (plus minus some significant number as it is a dial type) for cakes.

Thursday, March 18, 2010

I socialise at facebook only

Nothing personal. Just to minimise logins. So, please do not be offended if I don't accept the invitations.

Maaf zahir batin

Wednesday, March 17, 2010

Need to order token, hamper, cakes

cookies, muffins, gifts?

Contact
Latifah @ 019-9243236

Jarimas Food Industry
Lot 30, Lorong Sekilau 1
Bukit Sekilau
25200 Kuantan

Catering for all festive seasons, wedding etc

Tuesday, March 9, 2010

If you feel generous

you can contribute to:
Darul Taffiz Bustanu Us'syagil Quran
Taman Amalina, Jalan Lipis 27600 Raub
Tel.: 0199157365/093561025

Bank Islam
Jafrizan b. Jaafar (Ustaz Zawawi)
12-010-02-036059-7

You may check out authenticity.